Friday, 29 September 2017

RESEPI SAMYANG SPICY RAMEN + CHEESE!!!!



Semenjak dua menjak ni ramai rakyat Malaysia dah addict kat satu maggi ni. OPPS!!depa panggil RAMEN okay sebab dari korea kan. Sebenarnya, cabaran ramen jenama Samyang ni dah ramai orang negara luar buat termasuk orang korea, sebab tahap kepedasan ramen ni bukan biasa biasa okay.huhu

Tapi depend lah kat seseorang boleh layan ka tidak kepedasan tu. Sebab dah ramai orang Malaysia cuba aku pon terjebak nak cuba ! Bagi aku memang pedas ngat-ngat lepas lama-lama makan sampai ke kerongkong tapi SEDAP ok! Ketagihlah sampai repeat beli. Sekarang dah masuk paket ke 4 mungkin..hmmm..

Tapi bosan lah pulak asyik makan ramen kosong dan aku nak cuba kurangkan pedas ramen tu! Jadi aku try tambah cheese! terbukti kurang pedas sikit tapi memang tak hilang sangat pon pedas ramen tu. STILL PEDAS



1) Tau korang teruja nak cuba dan buat cabaran Samyang ni!hahah. Sama ja dengan perangai aku, tunggu dengan penuh kesabaran okay sebab aku order online. TAPI TAPI INGAT Periksa ramen Samyang yang korang beli tu, pastikan ada cop HALAL dari Korea dan packaging yang betul. Ada ja kes lepas pos dapat packaging lain! so hati-hati okay korang. 

Satu lagi yang heboh isu haram Samyang ni Tak Halal sebab percampuran mesin bla bla apa tahhh. Banyak dah keterangan dan bukti dari JAKIM & Korea Muslim Federation Halal Commitee. Jadi aku nasihatkan korang yakin dengan depa sebab depa orang-orang profesional! sikit-sikit percaya Facebook lah apa lah yang tah sumber dari mana. Tapi kalau tak yakin jugak hampa tak yah makan lah sebab jatuh SHUBHAH dan tak payah gatai nak hasut orang lain yang yakin nak cuba makan Ramen ni ok ^_^

Sepaket ni aku beli harga RM7. Hati-hati kalau-kalau ada yang jual murah sangat, takut-takut tak halal. Mintak tengok dulu packaging Samyang ni dan kalau ada cop Halal baru lah beli ^_^






 2) Jom Masak-Masak


Macam masak maggi biasa ja guna air panas, tak letak atas api pon takpa tapi sebab bosan selama ni kat asrama asyik guna magkuk plastik ja


 Lepas ramen dah lembut tapis ramen sehingga kering, tak syok kalau berair nanti. Ingat ya, tapis cepat-cepat ramen yang masih panas sebab nak boh cheese ^_^


Masa ni tak guna api dapur dah tau.Ok, ni lah killer dia! lupa nak bagi tahu, ramen korea ni 2x ganda lagi besar dari maggi biasa yang kita selalu makan tu. Jadi ramen dia banyak dan sos dia pon banyak! Sebab nak boh cheese aku letak semua sos dia baru kaw! Kacau sampai sebati.



Bab ni aku suka, boh cheese banyak-banyak!yummy. Pastikan boh masa ramen tengah panas-panas lagi dan kacau ramen sampai cheese cair. Aku guna cheddarcheese, boleh dapat kat Tesco jenama Beqa ni, RM14.90/sebungkus.


Penutup dia, tabur kriuk kriuk. Ala-ala bawang goreng mee sedap tu lahh..hahah tapi yang ni seaweed(rumpai laut) dan sesame seeds(biji bijan). Boleh tahan dan sedap bagi aku kalau tambah cheese ni sebab kurang pedas tapi masih tak hilang rasa kepedasan asli Samyang ni.

Ada juga resepi yang tambah susu,cheese,sosej apa lah tapi aku tak pernah cuba pulak sebab takut dengar susu tu.kalau tak sedap rugi okay sebab satu paket kecik ni dah RM7!DUIT-DUIT.


Terakhir dia, saja nak tunjuk magkuk tu.hahah Jenuh nak menyental, memang merah nau!

SANDWICH TELUR

3 atau 4 biji telur ~ di rebus
1 biji bawang Holland ~ di dadu kecil
4 biji cili padi ~ di cincang halus jika suka pedas boleh lebihkan kalau tak suka boleh ganti dengan cili merah

Bahan Sos
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar coleslaw ~ option nak letak boleh tak letak pun tak apa
1 sudu teh lemon jus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam halus

2 buku roti wholemeal ~ jika nak guna roti biasa, pastikan roti tu jenis yang keras sikit, sbb roti yang terlalu lembut tidak sesuai.
Kepingan Chesdale
Iceberg lettuce ~ di hiris ( jika tak ada boleh guna salad atau green coral dan red coral )
1 batang Japanese Cucumber ~ di hiris nipis ( jika tak ada boleh guna timun )
2 biji tomato ~ hiris nipis
Sedikit margerine
* sayur-sayur terpulang pada citarasa, nak letak boleh tak letak pun tak apa. kalau nak lagi ringkas letak timun aje pun ok.



Telur di lenyek kasar dengan garfu
Masukkan cili padi atau cili merah yang di cincang halus
Masukkan juga bawang Holland yang di dadu
Masukkan lada hitam, garam, Coleslaw ( jika suka ), mayonis dan jus lemon ( lupa ambil gambar )
Kemudian gaulkan semua bahan rata
Simpan dalam peti ais sebentar 

Ambil sepasang roti, sapukan margerin atau butter di atas setiap keping roti ( sebelah bahagian sahaja)
Letakkan 1 keping cheesedale
Letakkan sayuran , tomato hiris, salad atau lettuce , dan hirisan timun.
Kemudian letakkan adunan telur tadi, ratakan
Ita tambahkan sedikit lagi lada hitam
Kepitkan dengan sekeping lagi roti yang telah di sapukan margerin atau butter
Tekan permukaan roti biar ia serap dan padat
Potong tepi bahagian roti yang keras
Potong sandwich kepada 2 kepingan atau 4 kepingan segitiga. Jika suka 4 segi potong ikut kesesuaian anda.
Sedia di nikmati. 


Mudah aje kan cara penyediaan sandwich ni.. janji semua bahan ada kita boleh sediakan sekelip mata aje..
Selamat mencuba !
hari ni saya ingin share resepi spaghetti carbonara yang sangat mudah dan makanan ini sangat sesuai untuk orang bujang kerana tak boleh menunggu lama untuk menyiapkanya. resepi yang aku guna ini simple je dan dijamin sedap.

bagi korang yang tidak pernah memasak boleh sikit-sikit kena belajar masuk dapur untuk belajar masak. 

Resepi Spaghetti Carbonara 

Bahan-bahan

  • 1/2 paket spaghetti
  • 6 ulas bawang putih - potong dadu
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3/4 tin mushroom soup
  • 2 batang sosej ayam
  • lada hitam
  • parmesan cheese
  • 500 ml susu segar
  • 1/4 paket ayam kisar
  • mix herb
  • garam secukupnya 
Cara Membuat Spaghetti Carbonara

1. mula-mula rebus spaghetti hingga lembut selama lebih kurang 20 minit kemudian masukan sedikit minyak dan garam ketika merebus

2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang puith dan bawang besar hingga harum. masukan ayam kisar dan bila sudah separuh masak masukan juga sosej

3. kemudian masukan mushroom soup bersama susu segar dan bila kuah terlalu pekat boleh tambahkan dengan air atau susu segar.

4. lepas tu masukan lada hitam, mix herb, dan garam kemudian gaul rata. taburkan sedikit cheese dan gaul hingga rata. matikan api dan spaghetti carbonara siap untuk dihidangkan.

bagaimana mudah sahaja kan resepi spaghetti carbonara cheese ini dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya ya. :)))))

RESEPI KEK BATIK YANG ENAK DAN MUDAH :)


Kek batik ini salah satu jenis kek yang tak payah memasaknya, hanya sahaja bila teringin nak buat kek ini tak boleh guna sembarang tepung. Anda memerlukan sedikit kreativiti supaya kek mirip batik. Kek batik ramai dicari semasa bulan ramadhan sebab ramai menjadi kegemaran keluarga. Kali ini saya cuba sedikit kelainan dengan mencuba kek batik menggunakan sukatan cawan. Saya kongsi resepi kek batik sukatan cawan kerana ada yang tak mempunyai timbangan di rumah, boleh guna cawan je.

Resepi Kek Batik 
bahan-bahan
  • biskut marie secukupnya
  • 2 cawan milo
  • 1 buku buttercup
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis
cara buat kek batik 

  1. Cairkan butter dalam periuk menggunakan api kecil.
  2. Setelah cair, masukkan susu pekat, milo, dan serbuk koko sedikit demi sedikit.
  3. Gaul hingga sebati, halus dan pastikan tiada yang berketul-ketul.
  4. Masukkan esen vanilla, gaul sebati dan padamkan api.
  5. Susun biskut marie yang telah dipatahkan (boleh patah 2 atau 4, tapi jangan sampai hancur) dalam bekas/loyang yang telah dialas plastik.
  6. Curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan.
  7. Lapis lagi dengan biskut marie kemudian curahkan lagi dengan adunan dan ratakan.
  8. Ulangi hingga adunan habis.
  9. Padatkan kek batik tadi dengan menekan permukaan kek menggunakan belakang sudu.
  10. Masukkan kek dalam peti sejuk selama 4 jam hingga beku.
  11. Keluarkan kek 30 minit sebelum dipotong.
Itu sahaja Resepi kek batik ni menggunakan sukatan cawan. Bila anda suka kek batik yang lembut, patah-patahkan biskut marie terlebih dahulu dan biarkan ia lemau sikit. Kek akan terasa lembut semasa dicampur coklat. Ada yang pernah cakap apabila tak ada biskut marie pun boleh guna cream cracker jacob, tetapi tekstur dan rasanya lain sikit. Sila cuba sendiri di rumah, saya sudah lama tidak pernah cuba lagi guna biskut cracker.